School Close ???

Petang semlm dapat mesej broadcast dari school Alif Ceria... maklumkan yang school terpaksa ditutup sementara.. begini bunyi ayatnya...

"Salam parents, Tadika Alif Ceria P18R telah diarah tutup sementara oleh Pejabat Kesihatan Putrajaya berkuatkuasa 13-17 Mac 2012 ekoran 2 kes sakit kuku, kaki, tangan dan mulut (HFMD) yang telah dilaporkan setakat 12/03/2012. Anak-anak tadika P18R mesti di kuarantin di rumah bagi mengekang penularan wabak ini. Anak-anak tidak sepatutnya ditumpangkan di rumah pengasuh atau di tadika lain."

P/S : Alamak aku bawak ke opis boleh ke ek? Tak pe kan..

Sambung lagi...

"Sikap prihatin dan tanggungjawab ibu bapa amatlah diharapkan bagi mengelakkan jangkitan penyakit ini kepada kanak-kanak lain. Untuk pengetahuan sedah ada 2 tadika lain di Putrajaya sudah di arah tutup sementara sejak 2 minggu lepas atas alasan yang sama."

Alamak rasa macam bersalah plak.. hehehee... dan inilah hasilnya...

Tak reti dok diam.. makan comot...
Paksa orang buat coloring utk dia..
Mengaco orang sana dan sini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...