Kisah 3 Syawal..

Balik dari tengok wayang semlm tu ape lagi terus kecebum tido.. mengantuk giler bila nak bangun pagi.. ape taknya dapat tido 4 jam aje.. kalau rumah sendiri rasanya dah lajak sampai ke tengahari.. ni plak umah mak.. tambah plak dengan ade sanak saudara lain yang bermalam kat situ..

Tambah plak ari ni nak beraya rumah Mak Ngah di Serting Bahau.. jauh tu.. lepas siap sarapan pagi aku pun  berkemas-kemas beg sebabnya lepas beraya kat Serting terus balik ke Putrajaya..

Dalam pukul 10 lebih baru gerak konvoi ke Bahau.. Mula-mula perjalanan tu ok aje.. bila sampai tang nak ke Pekan Bahau tu punyalah bersusun kereta... ada gaklah dalam 5 km.. jenuh gak.. singgah di Majlis Bandar Baru Serting untuk solat Zohor..sampai umah mak ngah dah kelaparan.. mujurlah makanan dah terhidang.. ape lagi balun ajelah.. hahhaa...

Ahli rombongan Cik Kiah
Nak duit raya beratur hokey
Maaf bermaafan
Ni la sepupu yang dah 10 tahun tak jumpa
Lepak-lepak.. borak-borak.. pastu minum petang pulak... dalam kol 6 petang baru gerak dari rumah Mak Ngah.. aku sekeluarga terus gerak balik ke Putrajaya.. konvoi yang lain menuju ke Melaka semula.. Punyalah jem sepanjang jalan dari Kuala Pilah hinggalah ke Bukit Putus.. sampai umah dalam kol 9 malam..

Yok minum petang

Rombongan Cik Kiah nak pulang sudah
Kemas apa yang patut then tido sebab esok dah mula keje.. oh ya aku tak ambik cuti raya pun.. cuma cuti jumaat sebelum raya sahaja.. hahaha jimat cuti sket...

Habis kisah raya di kampung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...