Menu Hari Ini - Tart Portuguese

Hahahha sebenornya tart nih dah lama buat cuma baru hari nih nak dedahkan.. hehehe.. padahal baru terjumpa gambo-gambo yang diambil semasa buat tart nih.. aku dan en suami memang suka sangat tart telur nih... asal pegi kedai bakery mesti beli benda alah nih.. nak buat tapi mesin putar takde.. bila dah ade nih kene lah try test buat.. sedap tak sedap belakang kira.. hahhaha...

Ok nih dia resepi dan cara-cara nak buat tart yang sedap nih...

Credit to My Resipi

Bahan-bahan ( 6 biji ) 

  • 1 keping Puff Pastry
  • *Bahan-bahan A*
  • 1/4 cawan Gula Halus
  • 1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
  • 1/4 cawan Whipping Cream
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract

Cara-cara

  1. Panaskan oven, 200ºC.
  2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
  3. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
  4. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
  5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.


Inilah hasilnya...

Boleh didapati di Carefour, Giant atau mana-mana shopping
Pastry di belah dua dan ditarik untuk menutup mangkuk
Adunan bahan A di tuang ke dalam pastry
Jaga kawalan suhu.. buruk pon sodap...

Selamat mencuba...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...