Birthday Nurul Ain Syafiqah - 5 Tahun


Alhamdulillah, hari ini 18hb Januari 2013 telah genap usia Nurul Ain Syafiqah kepada 5 Tahun. Pejam celik pejam celik, sekejap je dah membesar dah si Ain ni. Takde apa sambutan 'besar' yang dibuat pada hari ini, memandangkan hari ini hari kerja. Cuma masa ambil Ain dari sekolahnya tadi, dia request nakkan kek. Dan di kedai kek tadi, Ain telah memilih sendiri keknya ini. Topi pon dia nak beli sekali....huh!


Cuma esok, kami akan bawa Ain ke Aquaria KLCC, nak tengok ikan jerung katanya.. Kami pon dah lama tak ke Aquaria, last pegi pada tahun 2004. Entah hidup atau tidak ikan jerung yang pertama kali kami lihat itu dulu..hahaha

Mmg sedap kek yang dipilih Ain ni, tapi tak boleh makan banyak...muak...


Apa-apapun, kami doakan semoga Ain menjadi seorang anak yang solehah, rajin dan bijak dalam belajar. telatah dan kepetahan Ain berbicara sememangnya menjadi penyeri dalam hidup kami....we love you Ain...MMMMMMuuuuuuuuaaaaHHHHHHHssss...

@ajid1977 ~




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...