Menu Hari Ini - Pulut Kuning Cicah Rendang Itik

Asalammualaikum...

Hahahaha tak penah-penah buat pulut kuning dan rendang tetiba terajin plak nak buat... yang peliknya rendang itik plak tu... hahhaha.. kebetulan opis en abg ada jual itik murah so dia pun beli la sekor.. tak penah pun masak itik nih.. layan ajelah resepi kat Mat Gebu tu untuk rendang itik..

Hasilnya.. Itik liatttttt... hehehehe

Pulut plak kebetulan ada lebih masa buat nasi dagang minggu lepas.. eh lupa la nak masukkan entry aku buat nasi dagang.. hahha tunggguuuuu....

Resepi Pulut Kuning : Oleh My Resepi

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
4 cawan beras pulut
1 tin santan (400ml) - jgn campur air
1 sudu teh kunyit serbuk
garan secukup rasa

Cara-cara
1. Rendam pulut bersama serbuk kunyit lebih kurang 1-2 jam atau  
    sehingga  pulut bertukar warna kuning

2. Cuci dan toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak

3. Setelah 1/2 masak keluarkan dari kukusan dan masukkan dlm bekas.
4. Kemudian tuangkan santan yang dicampurkan secukup garam ke dalam 
     pulut tadi dan gaul hingga rata

5. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak

Resepi Rendang Itik : Oleh Mat Gebu


 BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor itik yang telah siap dibersihkan
11/2 inci halia tua*
4 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
1200 ml santan
Air jika perlu (air panas)
2 keping asam gelugor
5 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit, disiat
2 helai daun kunyit, hiris halus
2 camca besar penuh rempah kari daging
2 1/2 camca besar penuh kerisik
Garam dan gula melaka secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/2 cawan cili padi kampung (boleh kurangkan)
3/4 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 inci lengkuas
8 batang serai, hiris halus
12 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkeh
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)


1. Itik dipotong ikut suka, buang kulit, cuci dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit tepung gandum selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Cucuk daging itik tadi dan lumur dengan halia dan bawang putih tumbuk, gaul rata2 dan perap 1-2 jam. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Sementara itu satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau rata2 dan masukkan ke dalam kuali, tumis hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.

3. Masukkan itik, daun limau purut dan daun kunyit yang disiat. Gaul rata dan biar hingga daging itik sedikit mengecut. Tuang santan dan kacau rata. Biar mendidih. Sederhanakan api, dan biar merenih hingga pekat. 



4. Masukkan kerisik dan asam gelugor. Tambah garam, tapi awas jangan banyak2, rasa lemak2 sudah cukup, kalau garam dia terasa, nanti rendang kering akan jadi masin. Kacau rata dan terus memasak hingga sedikit kering, jika daging itik masih keras boleh tambah sedikit air panas dan terus memasak hingga itik lembut.


5. Tambah gula melaka (anggaran 1 camca besar) dan hirisan halus daun kunyit, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau pulut kuning...







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...