Fast 6 sebelum Uefa Champion league final. 26 Mei 2013


Okeh!!, 1st aku dah tertipu dengan cik puan yang menyatakan kami akan menonton citer Bikers Kental. Cittt!!! apa punya surprise le?! ada gak mcm ni?...tapi ok jugak lah sebab tonton cerita action jam 12.50am. takde le mengantuk sangat. lagipun objektif aku adalah menonton wayang ni selingan sebelum tgk UEFA Champion League Final jam 2.45pagi waktu Malaysia...ehhehe


Okeh, berbalik soal cerita "Fast 6", ia adalah sequal dari Fast 5 sebelum ini. Apa yg kita boleh expect dari cerita ini? Biasalah, adegan kejar mengejar sekumpulan penjahat/pencuri yang menggunakan kenderaan terhebat. Actually, aku dah stop tgk cerita ini sebab dah terlalu banyak sangat sequel....letihh. kelihatan tema agak sama je. Tapi utk Fast 6 aku mmg cukup tertarik.

Kali ini situasinya agak berbeza. Geng Dominic Toretto dikumpulkan untuk membawa Letty ke pangkuan jalan. Letty hilangkan ingatan dan bekerja dengan geng jahat yang amat jauh lebih professional. so, ada elemen sentimental di mana sahabat lama ingin membantu sahabat.



Diselitkan adegan lawak oleh Roman dan Crist. Kali ini, watak penjahat yg dibawa oleh Shaw agak keterlaluan. Terlalu kuat dan bijak. 
Boleh dikatakan kedua2 kumpulan hampir sama, cuma matlamat dan falsafah sahaja berbeza. Torrato mengutamakan keluarga, manakala Shaw mengutamakan kerja. 

 
Cerita berakhir dengan Abang Shaw membalas dendam dengan membunuh salah seorang krew Torrato iaitu Han di Tokyo. (Masih ingat Tokyo Drift? ada kaitan kisah sebelum ini) Sebelum itu, Han juga telah kehilangan makwe nya Gesele yang terbunuh semasa pertempuran di landasan airport.


Pastinya tak sabar menunggu Fast 7 selepas ini. mamat kat bawah ini ada muncul...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...