Sekolah Kebangsaan Putrajaya P18 (2), yang baru dibuka awal tahun ini.


Sekitar bulan April 2013, kami telah mendaftarkan anak untuk sesi persekolahan tahun satu pada sesi 2015. Memandangkan lokasi ini adalah berhampiran dengan kawasan pejabat kami. Sekolah ini adalah Sekolah baru yang telahpun beroperasi pada awal tahun ini. Difahamkan juga ada sesi pra Sekolah yang turut dijalankan.


Harap-harap permohonan kami akan berjaya. Insyallah. Seperkara lagi, semasa sesi pendaftaran permohonan, kami telah disambut oleh guru besar Sekolah ini, beliau sungguh peramah dan amat membantu. Terima kasih puan. 😀

Berikut adalah beberapa gambar di sekolah ini. Jika ada ibu bapa yang bercadang untuk pendaftaran, mungkin boleh berbuat demikian sekiranya permohonan masih dibuka.
































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...