Garrett Popcorn - Gilerrrrr ahhh!!!

Selamat Tahun Baru 2014. Semoga tahun ini akan memberikan lebih kebahagiaan dan membawa kehidupan yang lebih bermakna dari segala aspek.



Nak dijadikan cerita, pagi-pagi lagi ada orang tu dah mengidam nak makan popcorn Garrett yang terletak di KLCC tuu... heheh

















Memandangkan aku pun memang favorate benda tu... tanpa melengahkan masa, terus aku kata "OK". Teringatkan kesedapan rasa CaramelCrisp, CheeseCorn dan banyak lagi, membuatkan aku terpukau sebentar...hahaha











Kepada peminat-peminat popcorn jenis ni, korang hanya boleh mendapatkan produk ni hanya di KLCC dan One Utama. Cawangan lain tarak...

















Memandangkan hari ini 1hb Januari adalah cuti umum, maka tak banyak manusia di KLCC seawal jam ini. Mungkin zombie-zombie ni belum bangun akibat berpesta countdown awal pagi tadi.. hahaha













Popcorn yang dibeli akan dipack dlm pelastik dan kemudian dibungkus pula dengan paperbag.











Kami beli dua perisa iaitu Cheese dan Caremel... Perghh!!!! Tapi malangnya menurut Ain, perisa Cheese tak sedap (dia paksa aku mention perkara ni dalam blog ni...hahahaha)











Walaupun harga benda ni agak mahal, iaitu paling murahpun adalah RM12 (Small), namun keunikan rasanya terutama caremel membuatkan berbaloi membeli. Selamat menjamu selera.











P/S: Kata Fariz, kalau makan benda ni, boleh 'potong kaki' oooo... hahaha

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...