Day 4 : Zhuhai Ke Macau

Asalammualaikum...

Sambungan citer semalam...

Bila dah berkumpul di border Macau, kami berpusu-pusu untuk beratur bagi pemeriksaan imigresen China.. orang punya la ramai keluar dan masuk Macau nih.. kami kene melintasi 2 imigresen.. tak perlu naik bas turun bas mcm kat shenzen ngan hong kong tu sebabnya dalam satu bangunan yang sama aje..

Dua imigresen dalam satu bangunan.. yang ada bangunan tinggi tu Macau

Tunggu turn nak cop passport

Lepas imigresen di Macau kami disambut oleh tourist guide disana plak.. trip kali ni bertukar-tukar tourist guide mengikut tempat yang dilawati.. then kami di bawa ke Hotel untuk check in..

Dah lepas urusan passport.. dan masuk ke Macau

Tengah tunggu tourist guide


HOTEL EMPEROR, MACAU

Menurut kata bos diaorang, hotel yang dipilih ni agak mahal kerana terletak dikawasan tumpuan orang ramai.. jadinya kami perlu jalan kaki sahaja untuk melihat lampu-lampu disetiap bangunan Casino.







Tilam bagi dua hotel yg kami tido sebelum nih punya la kejung dan keras.. tak empuk langsung.. bila kene ngan tilam hotel nih fulamakkk memang mantopp la.. ruang yang luas.. tp sayang dok semalam aje..



Selepas membuang ape yang patut kami dikehendaki berkumpul semula di lobby.. walaupun jam dah menunjukkan jam 9.30 malam kami diajak untuk bersiar-siar di kawasan berdekatan untuk melihat lampu-lampu dan pertujukan yang diadakan ditempat-tempat casino yang besar.. Macau ni akan nampak meriah dan happening pada waktu malam sahaja.. siang dah takde ape yang menarik pun....

Bos bagi taklimat ape yang menarik di Macau nih..



Berdedai kami mcm anak kami berjalan dan mengambil gambar... terdapat banyak sangat kedai pajak gadai di kawasan yang terdekat dengan casino nih.. mudah untuk orang gadaikan barang berharga bila kalah judi.. hehehhe













Then kami pergi ke satu casino untuk melihat pertunjukan pokok emas yang keluar dari bawah..






Then kami naik shuttle untuk ke satu casino besar diseberang pulau bagi melihat pertunjukkan Diamond plak... kalau casino yang besar dan mantop ni akan sediakan shuttle utk ke casino besar yang lain secara percuma..















Sebenarnya ada banyak lagi pertunjukkan di setiap casino besar tapi dah tak larat sangat.. then kami decide untuk balik berehat di hotel....


Bila di Hong Kong plug sama macam di Malaysia. Bila di China plug kene pakai converter. Bila masuk ke Macau ade dua versi plug yang disediakan.. hahahha lawak betul...


Lagi satu nak naik ke bilik guna lift kene masukkan card kunci pintu bilik yer baru boleh tekan butang tu.. kalau tak jangan harap dapat tekan.. hehehehe



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...