Half-Marathon - Checked



Selamat pulang dari bercuti panjang wahai tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Bagaimana cuti anda semua?? Ada masalah Monday Blues?? Haahaha... By the way, congrats pada Chelsea yang menjuari Liga Perdana Inggeris walaupun liga masih berbaki 3 perlawanan. Jangan risau sebab Man Utd akan kembali merampasnyaa pada tahun hadapan...hehehe

Okey, berbalik pada cerita asal posting ini, berkaitan dengan larian (more to LSD sebenarnya....long slow distance...sebab average pace adalah sekitar 7-9 min per KM) half marathon yang dibuat di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Negeri Melaka.

Pertama sekali, kena lokasi ni ek? jawapannya mudah sebab takde elevation (pendakian) langsung. Kedudukan jalan yang mendatar memudahkan kita untuk berlari, takde bebanan tambahan.
Kedua, cuaca yang redup sememangnya membantu. Satu pusingaan larian di trek (jalan tar actually) bersamaan lebih kurang satu KM setengah. tapi diorg ada tandakan lokasi mula dan akhir, untuk memudahkan anda memantau preastasi larian masing-masing.

Ketiga, menggunakan app Strava (percuma trial sebulan) sememangnya trek (dalam app ni dia panggil segmen) yang popular, so, mestilah try kan. kepada sesiapa yang berminat, boleh cuma cari "Bukit Serindit Park 1k"



Kalau tengok dalam list pelari tu, ada le nama aku nombor 10 tu....pace terbaik aku satu KM bersamaan 5.47/KM..tak de laju mana pon. Tapi aku tak suka ukur ni, sebab dia base on short distance run. Aku bukannya nak jadi sprinter..so pace tak berapa penting la, as long average pace dengan jarak yang panjang sudah memuaskan hati aku...hahah (alasan kot)

So, di bawah ni adalah result larian LSD aku yang amat slow mcm labi-labi yang baru belajar jalan. Half Marathon ni take lah membanggakan, tapi ianya adalah satu langkah ke arah Full Marathon, Insyallah.

Tu dia.... 21KM dalam masa Sejam Empat Puluh Minit....Sib baik lah ada lagu dari Spotify, kalau idak memang keras bosan belari. hahaha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...