Majlis Persandingan Pengantin dan sehari sebelum Hari Pembuangan Undi Sempena Pilihan Raya Umum ke-13.



Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru, saudara Zoul dan pasangannya Adah yang selamat diijabkabulkan pada petang semalam 3hb Mei 2013. Majlis persandingan berjalan lancar pada hari ni seperti di dirancang. Alhamdulillah.



Apa yang lebih menarik, majlis persandingan ini turut diraikan oleh calon-calon ADUN N-17 Bukit Baru, calon Barisan Nasional yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Melaka, En. Karim Yaakob. Beliau hadir sekitar jam 11 lebih dan sempat bersama-sama menyertai doa selamat yang dijalankan sebelum majlis bermula. Terima kasih pada En. Karim bin Yaakob atas kehadiran beliau. Untuk rekod En. Karim adalah muka baru yang diketengahkan oleh BN pada kali ini dan bakal mempertahankan kerusi DUN Bukit Baru yang sememangnya menjadi kubu kuat BN apabila Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menang menewaskan calon Pas, Bakrin Sidek dengan majoriti 2,708 undi.




Pada kali ini Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bertanding di P-137 Parlimen Bukit Katil dan dicabar oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin. Guess what??? Datuk Seri Mohd. Ali Rustam turut hadir di majlis persandingan ini. Sambutan beliau disambut baik oleh para tetamu yang hadir kerana beliau ada juga ketua menteri melaka yang telah banyak membantu kemajuan negeri melaka.

Di dalam kita sedang hangat menyambut hari mengundi ini, kita tidak seharusnya mengenepikan budaya dan adat melayu terutama di dalam majlis kemasyarakatan. Biarlah perbalahan itu berakhir di meja kiraan undi sahaja. Sebaiknya kita harus menghormati keputusan dan krebiliti semua pihak termasuk calon dan urusetia iaitu SPR.



Buktinya, calon PAS Bukit Baru yang juga merupakan mantan Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, turut sama hadir ke majlis ini. Beliau disambut baik, juga seperti kedua-dua calon BN yang hadir tadi. Para tetamunbersalaman bersama beliau dan ini lah semangat yang kita mahukan daripada kedua-dua pihak yang bertanding. Kematangan para tetamu yang hadir juga patut dipuji dengan tidak mencampur adukan fahaman politik dengan urusan majlis kemasyarakatan. Syabas sekali lagi.

Pastinya memori indah majlis persandingan yang telah dihadiri oleh VIP-VIP calon Pilihan Raya Ke-13 ini akan terpahat di hati pasangan Zoul & Adah. tambahan lagi kenangan ditepung-tawar sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Semalam mengundi para rakyat Malaysia sekian.

Update :

Untuk DUN Bukit Baru, Kerusi telah dimenangi oleh Dr. Md Khalid Kassim dengan majoriti 48 undi. :)
Manakala Bagi Parlimen Bukit Katil. Kerusi telah dimenangi oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...