Taklimat bersama wakil Cuepacs

Semalam aku berkesempatan untuk mengikuti sesi perjumpaan Cuepacs dan seluruh warga kerja Kementerian. Ini merupakan 1st time aku mendengar mesej yang disampaikan oleh wakil ini secara direct. Walaubagaimanapun, aku berpandapat ini hanyalah satu sesi dialog biasa kerana sesi brainstorming sebenar sememangnya telah dilakukan oleh wakil-wakil persatuan kerja yang ada. Sebelum memulakan bicara, Pn Pn. Loke Yim Peng yang juga selaku setiausaha agung cuepacs menegaskan bahawa program ini tiada kaitan dengan PRU13 yang sedia ada dan cuepacs langsung tidak menyentuh soal isu politik.

Antara highlight point adalah ;

Cuepacs sentisa Membuat tuntutan yang terbaik untuk penjawat awam. Peringatan cuepacs supaya penjawat awam meningkatkan produktiviti sejajar dengan tanggungjawab. Sistem penyampaian awam juga perlu dipertingkatkan. Saranan KSN dan KPPA agar penjawat awam meningkatkan produktiviti dan dalam masa yg sama kebajikan mereka turut dijaga.

Antara cadangan-cadangan yang diketengahkan ;

1. KUP time-base dipertingkatkan kepada 2 lapisan bukan satu spt skrg. Bagi membolehkan mereka yg bersara menikmati kenaikan gaji yg lebih tinggi.

2. Mencadangkan agar skim pencen yg baru SPFB ( skim pencen faedah bercarum) diperhalusi semula. Melalui skim ini, penjawat awam turut mencarum semasa berkhidmat. Ini membolehkan mereka memiilih untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal dan menikmati caruman yang lumayan berbanding mereka yang memilih pencen tetap. Cadangan Cuepac supaya peraturan ini dilaksanakan kepada pengambilan baru sahaja. Kepada mereka yg setia pada kerajaan sehingga pencen patut diberi kredit yang lebih berbanding mereka yang menamatkan perkhidmatan lebih awal.

3. Ganjaran dicadang untuk dinaikkan dari 7% kepada 10% peratus

4. Golden handshake juga dicadang untuk dinaikkan.

5. Kemudahan faedah cuti , haji, menjaga anak ditambahbaik

6. Cuti bersalin extra 30 hari diberikan sekarang diterus tanpa permohonan terlebihdahulu. (Wanita sahaja)

Apapun, program sebegini sememangnya bagus dan patut diteruskan kerana dialog ini akan membawa kepada penyakuran maklumat yang lebih tepat dan jelas. Ia jugaseterusnya akan menaikkan imej kesatuan kerja itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...